[fsn_row][fsn_column width=”12″][fsn_text]

Pada 15hb Julai 2020, suasana hening di Bumi Masamba, Kabupaten Luwu Utara di Sulawesi Selatan, Indonesia di kejutkan oleh tragedi banjir lumpur (bandang) yang menyebabkan kerugian besar pada jiwa dan harta penduduk.Banjir ini telah membawa lumpur setebal sampai 4 meter mengubur desa setempat.. Sebanyak 223 unit rumah rosak teruk. Sementara berpuluh lagi rumah telah hanyut dan tertimbun di dalam  pasir bercampur dengan lumpur.

 

Alhamdulillah.. hasil daripada sumbangan daripada para dermawan, Yayasan Amal Kedah (Amal Kedah) telah pun menyalurkan bantuan kepada warga yang memerlukan akibat daripada banjir lumpur di Masamba Luwu Utara. Sumbangan dan bantuan yang telah diberi adalah terdiri daripada 1500 naskah Al-Quran, 700 buah Iqra’, 350 buah Dirosa dan serta paket keperluan asas yg terdiri daripada beras, susu, minyak, mi, sardin, sabun cuci, gula dan air mineral. Relawan Amal Kedah di Indonesia iaitu Ustaz Akbar Baharuddin dan Ustaz Izwan telah berusaha memastikan segala bantuan ini sampai ke Masamba.

Amal Kedah telah menyalurkan sumbangan ini langsung melalui BKMT (Badan Kontak Majlis Taklim) yang di ketuai oleh IBU INDAH PUTRI INDRIANI, BUPATI Kabupaten Luwu Utara untuk warga yang tertimpa musibah banjir lumpur iniTerdapat 25 buah masjid yang terjejas akibat daripada banjir lumpur tersebut. 4 buah masjid mengalami kerosakan yang teruk oleh kerana tertimbun dengan banjir lumpur sehingga mengakibatkan masjid tersebut tidak dapat digunakan sama sekali.

 

Lebih 13,000 masyarakat muslim masih berada di tempat-tempat pemindahan banjir dan sebahagian daripadanya menumpang di rumah keluarga atau sahabat terdekat.

Masyarakat di Masamba Luwu Utara masih memerlukan bantuan dari segi keperluan asas dan harian dalam masa yang terdekat kerana sebahagian besar masyarakat di sini sudah kehilangan tempat tinggal serta kebun dan sawah akibat daripada tertimpa banjir lumpur.

Pihak Yayasan Amal Malaysia dan Amal Kedah dengan ini terus mangharapkan bantuan wang ringgit untuk di salurkan kepada penduduk di Masamba. Semoga dengan sumbangan dari para dermawan sekalian akan dapat mengurangkan penderitaan penduduk di sana dan di hitung ganjarannya oleh Allah.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :-

Bank Islam : 02020010060682

CIMB Bank : 8006457845

Maybank : 552189524357

Atau hubungi 019-4111000 (Pengerusi Amal Kedah,Haji Zulkifli) / 019-4404212 (Pejabat Amal Kedah) untuk pertanyaan lebih lanjut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

[/fsn_text][/fsn_column][/fsn_row]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *