31 MAC 2021 : ANUGERAH KHAS NGO PRIHATIN NEGERI KEDAH

Masjid Al-Hadi, Bukit Besar dan Yayasan Amal Malaysia cawangan Kedah menerima penghargaan dari YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor di atas khidmat cemerlang sebagai NGO Prihatin Negeri Kedah bagi tahun 2020/2021.

Kedua-dua entiti ini membawa pulang wang saguhati berjumlah RM3000.00 dan sijil penghargaan. Antara usaha yang dilaksanakan oleh kedua-dua pihak ialah bekerjasama membaiki rumah daif dan membina rumah baru kepada fakir miskin di daerah Yan dengan menggunakan wang sumbangan orang ramai.

Apapun, Anugerah ini sebagai pendorong kepada kami di Yayasan

Amal Kedah untuk terus menyantuni mereka-mereka yang memerlukan.

 

Seeru ala Barakatillah

‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’
#UrusetiaPeneranganDarulAman
#UPDA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *