Food Flotilla for Rohingya Feb 2017

 

Segalanya bermula bila umat Islam Rohingya di bunuh di bumi Rakhine (dulunya Arakan). Mereka di nafikan kerakyatan oleh junta tentera pada thn 1982. Bererti tiada lagi hak sosial, hak bekerja, hak pemilikan harta dll.
Dahulu, bumi Arakan luas. Bermula dari Sittwe hingga ke Chittagong di Bangladesh. Tapi penjajah British kemudiannya membahagi umat Islam Rohingya hanya di Arakan iaitu dari Sittwe ke Maungdaw.
Hari ini, kerajaan Myanmar melalui masyarakat Rakhine (Buddha) bertindak dalam penghapusan etnik umat Islam di Arakan. Mereka di bunuh, di sembelih.
Isteri di rogol depan suami. Anak gadis di rogol depan keluarga. Ibu hamil di belah perut. Perkahwinan di larang.
Dahulunya sekitar 1950an, ada sekitar 4 – 5 juta umat Islam Rohingya. Tapi hari ini, di katakan jumlah yang masih tinggal di bumi Rakhine cuma sekitar 700 ribu – 1 juta sahaja.
China berminat bumi Rakhine. Sebab bumi ini di anugerah oleh Allah dengan hasil bumi yang banyak. India juga sudah membina pelabuhan dan infrastruktur besar di bumi Rakhine. Malah lebih buruk lagi, negara Islam Bangladesh pun bersekongkol dengan Junta tentera Myanmar. Malah mereka ikut membunuh umat Islam Rohingya yg melintas ke negara mereka.
Maka tidak hairanlah, jika kerajaan Myanmar tidak peduli apa pun resolusi Asean, OIC, malah UN juga. Sebab di belakang mereka ada kuasa besar.
Atas rasa kesedaran, pihak Putera 1M, Mapim, Yayasan Amal Malaysia dan NGO Muslim lain dari Malaysia dan 14 negara lain telah mengujudkan urusetia bagi Misi Food Flotilla For Myanmar bagi membantu umat Islam Rohingya dan membuka mata dunia tentang kekejaman berterusan yang dilakukan oleh pihak tentera Myammar terhadap umat islam Rohingya.
Setelah sebulan pelbagai kempen dan ceramah di buat, pihak urusetia telah berjaya mengumpul lebih 2,200 tan makanan, ubatan dan pakaian untuk di sumbangkan pada umat islam Rohingya.
Dan hari ini, 3 Februari 2017, upacara perlepasan rasmi Food Flotilla for Arakan oleh PM Malaysia dengan membawa lebih 230 sukarelawan dari 14 negara untuk tujuan membantu umat Islam Rohingya di Rakhine dan Teknaf di Bangladesh.
Hari kedua perjalanan ini, Cikgu Azmi Mapim terima mesej dari Pengerusi Persatuan Ulama Myammar betapa penduduk Rohingya di Arakan keluar beramai2, terlalu gembira dan mengadakan solat hajat beramai2 mendoakan agar rombongan misi Food Flotilla ini selamat sampai di Arakan. Seolah2 kedatangan kami ini sebagai pengganti ibu bapa mereka yg hilang.
8/2/17. Hari ke 6 kami di laut. Tinggal sekitar 200km untuk sampai ke Port Yangon. Dapat berita, selepas Port Yangon, kami tak di benarkan berlabuh di Pelabuhan Teknaf. Alasan oleh pemerintah Bangladesh, pelabuhan Teknaf itu cetek.
Tak sesuai untuk kapal besar. Jadi kami terpaksa ke Pelabuhan di Chittagong. Ambil masa 3 hari pelayaran dari Yangon.
Masaalah besar, semua barangan (20 kontena) dan lain2 terpaksa di angkut dari Chittagong ke Teknaf (kawasan kem pelarian Rohingya). Sekitar 8 jam perjalanan. Ini adalah cabaran besar untuk sukarelawan yg mungkin terpaksa berulang alik dari tempat penginapan di Cox’s Bazar sejauh 2 – 3 jam perjalanan sehala. Semoga Allah permudahkan

9/2/2017. Hari ke 7 kami belayar. Akhirnya berlabuh di International Port Thilawa berdekatan Yangon. Upacara penyerahan rasmi barangan untuk Rohingya ini di lakukan oleh Timb Menteri Luar, Dato Rizal Merican kpd Menteri Kebajikan Myanmar, Dr Win Myat Eye dgn di saksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Mohd Hanif Abd Rahman. Ternyata layanan kurang adab dari pihak Myanmar untuk sukarelawan.
10/2/17. Selesai solat Jumaat (khutbah oleh Us Dr Riduan Mohd Noor), Hari ke 7 ini, Nautical Aliya mula bergerak ke Chittagong (942km). Jangka sampai 13/2/17.
11/2/17 jam 1 pagi, terima telex agar semua di Nautical Aliya berhati hati dengan serangan lanun bersenjata. Perairan di Teluk Benggala adalah antara kawasan berisiko tinggi dengan ancaman lanun. Semalaman, team keselamatan tak tidur.
12/2/2017. Hari ke 10 di laut. Berita terbaru di terima, Kerajaan Bangladesh belum meluluskan VOA (visa) untuk sukarelawan turun ke Port Chittagong, sedangkan surat kebenaran sudah di beri pada awalnya. Masih terfikir, negara Islam apakah Bangladesh ini. Kami datang untuk meringankan beban mereka. Bantu dan rawat etnik Rohingya di samping bantu rakyat Bangladesh yang susah dengan 500 tan beras. Apapun di harap VOA itu dapat di perolehi menjelang esok.
13/2/17 @ 3 pagi Bangladesh. Hari ke 11 di laut. Terima arahan dari Navy Bangladesh agar Nautical Aliya berlabuh di perairan Cox’s Bazar. Jam 10 pagi, 3 kapal perang dn 2 Coast Boat mengelilingi Nautical Aliya. Pengawal pantai minta untuk naik kapal dan periksa. Setelah tu, bawa semua Group secretariat ke kapal Navy.
Setelah 3 jam berunding, kami di benarkan ke Chittagong. Semalaman lagi di kapal.

14/2/17. Tiba di Chittagong. Sambutan meriah. Siaran TV Bangladesh live. Tapi berita yg membinbangkan tiba. Setelah rundingan demi rundingan, pihak berkuasa Bangladesh hanya membenarkan 25 orang sahaja yg ikut pergi ke kawasan kem pelarian di Cox’s Bazar bagi memantau pembahagian barangan sumbangan warga Malaysia atas alasan keselamatan. Jadi 43 orang termasuk aku, ambil keputusan untuk keluar dari Nautical Aliya. Aku terus ke Dakha bersama Norazman Penang serta wakil Haluan, Dr Ahmad dn HJ Bashir untuk berunding dgn wakil NGO Muslim Bangladesh bagi uruskan program Qurban dan bantuan yg akan datang.
Walaupun barangan yg di amanahkan selamat tiba di kawasan Rohingya, sedih kerana tak dapat bersua sendiri dgn anak2 Rohingya. Ku pohon pada Allah agar dlm waktu terdekat ini, aku di beri peluang untuk hadir menyantuni anak2 Rohingya.
Dan 16/2/17, setelah semua barangan di turunkan, Nautical Aliya berangkat pulang ke tanah air. Harapan kami semoga ada lagi Flotilla 2 dan tiba di Port Klang pada 23/2/17.
28/2/17, sekali lagi team Amal dan relawan sekali lagi berangkat ke Bangladesh dengan pesawat

. Alhamdulillah, semua barangan Flotilla di simpan baik di stor bulan sabit merah Bangaladesh di Teknaf dan Ukhiya di bawah pengawasan IOM.
Barangan akan di edarkan di kem pelarian di Kutupalong, Leda, Nayapara, Nila dan Balukhali. Team ini akan bersama 200 orang dari Bulan Sabit Merah Bangladesh akan mengedar kepada lebih 15,000 pelarian.
Berita baru di terima, Pegawai Kedutaan Malaysia di Myammar telah memantau pengagihan barangan diperkampungan Set Yone dan di Kem Thet Kyae Pin.
Semoga Rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kami dan umat Islam Rohingya. Amin