Misi Bantuan Tsunami Acheh 2014

Team Amal Kedah seramai 18 orang telah berangkat ke Bumi Acheh untuk membantu mangsa-mangsa Tsunami Acheh. Team ini adalah team yang ke 6 yang di kirim oleh Yayasan Amal Malaysia pusat secara bergilir mengikut negeri. Kami di ketuai oleh Dr Ismail Salleh.

Amal Kedah di beri tugas untuk membuka klinik Amal Malaysia di Bandar Sigli yang bandarnya hampir 50% ranap. Setiap hari team doktor Amal Kedah tak menang tangan untuk melayani ratusan mangsa-mangsa Tsunami yang datang dari jauh dan dekat untuk mendapat rawatan dari doktor Amal Kedah kerana ubat yang di bekalkan cukup berkesan. “lagi pun Pak, senang ngomong sama Pak Doktor dari Malaysia” ujar salah seorang mangsa.

Team Amal Kedah waktu Tsunami Acheh

Team doktor Amal Kedah juga mengadakan klinik bergerak di Lhokseumawe, Bireun dan Cha’le.
Kami juga sempat meninjau kemusnahan Banda Acheh kira-kira 6 jam perjalanan dari Sigli dan sempat merasai gegaran gempa bumi di saat sedang menunaikan solat Isya di sebuah masjid.

Semoga Acheh bangkit semula dan terus berada dalam Rahmat dan kasih sayang Allah.