Qurban India 2016

Sekali lagi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah (Amal Kedah) di amanahkan untuk melaksanakan ibadah Qurban dan Aqiqah di bumi Assam, di India. Kali ini… kami bersama YAM Pahang yg di wakili oleh Muallim Tarmizi Yahaya.
Walaupun agak terkejut setelah sampai di Guwahati, ibu negeri Assam yg Aidiladha lewat sehari dari jadual asal, kami segerombolan tetap bersemangat untuk misi kali ini.
Hari pertama di sini, di saat suara takbir berkumandang di Malaysia, kami susun atur jadual semula. Kami berangkat ke Balarchar Village di daerah Bongaigaon (rumah Safiur Rahman – wakil Jemaah Islam Hind yg mengurus kan kami selama di Assam) untuk mengadakan ibadah Aqiqah di sana. Tempat lain tak boleh. “Takut fitnah” kata Safiur Rahman.
Sebelum sampai di sana, kami singgah sebentar di Madrasah Markazul Maarif di Kawadari Village.
Sampaikan 50 naskah Quran dan sedikit sumbangan.


13/9/16
Bermula sambutan Aidiladha di Assam. Kami berangkat ke Bongaigaon untuk jimatkan masa utk korban. Tetapi rencana Allah mengatasi segalanya. Tayar mobil pancit. Dan kami berpeluang solat Aidiladha di pulau Maripar yg indah di tepi sungai Brahmaputra sementara menunggu mobil siap di baiki.
Qurban pertama kami di Shingimari Village.
Selepas tu di Ambari Village.
Kemudian kami bergerak ke Kem Pelarian Hafasara. 6000 keluarga di sini.
20 ekor lembu di jadikan korban di sini. Juga serahkan Al Quran wakaf dan infaq dari warga Malaysia untuk mereka yg sangat memerlukan.
Kemudian kami bergerak ke Kem Pelarian di Goraimari dan Pantapara. Ada sekitar 1000 keluarga di sini yg tak punya tanah dan rumah. Tinggal dlm khemah2 di pinggir2 jalan tanpa letrik dan air. Punca air bersih adalah dari telaga pump yg di kongsi beramai-ramai. Punca terjadi pelarian adalah kerana keganasan puak pemisah BODO yg membunuh dan membakar umat Islam di sini.
Lewat malam baru tiba di hotel.


14/9/16.
Terpaksa bergerak awal ke Danleygow Village kira2 3 jam perjalanan. Qurban lembu dan serah Quran di sini. Dua sahabat iaitu Cikgu Nasron dan isteri Cikgu Salmah terpaksa tinggal di hotel kerana kurang sihat.
Kemudian sambung perjalanan selama 3 jam ke Banglapara untuk misi Qurban melalui antara jalan yg paling teruk di dunia. Masing2 melugai dan meloya di lambung.
Dari Banglapara, kami bergerak Manas National Park di sempadan Assam/Bhutan ke Kaglawari Village. Kali ini, rasanya lebih mencabar. Kami terpaksa menyeberang sungai batu yg luas, menongkah arus yg luas dgn boat yg tak berapa sihat serta beberapa kali melalui jeram dan level air yg
tinggi rendah, semata-mata kerana satu…
Ziarah dan bantu umat Islam yg di buru dan di bunuh oleh puak pemisah BODO. Pada tahun 2013 sahaja, 47 umat Islam di sembelih dan di tembak dan mayat2 mereka di campak ke sungai. Hanya kira2 70 keluarga yg masih tinggal di sini dengan perlindungan dari tentera India. “Hanya tanah ini yg kami miliki untuk generasi kami” ujar imam Saihul.
Alhamdulillah, 4 ekor lembu serta 5 ekor kambing dapat kami korbankan.
Selain dari Quran, Quran Terjemahan dan Muqaddam, kami juga serahkan 300kg beras untuk warga kampung berkenaan.
Saat solat asar, kami meninggalkan kampung ini segera kerana faktor keselamatan.
Dalam perjalanan pulang, kami serahkan kambing dan lembu yg hendak di korbankan di kem2 pelarian serta kampung2 pada Maulana Zia dan Safiur Rahman.

Lebih 200 naskah Quran serta 500kg beras juga serahkan untuk di agihkan. Begitu juga infaq serta duit wakaf untuk masjid dan madrasah serta pusat tahfiz.
Alhamdulillah.