Amal Qurban

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah (Amal Kedah) telah mengadakan Program Qurban di beberapa buah negara seperti di Nigeria, Uganda, Chad, Kemboja, Rohingya, India, Sudan, Indonesia, Cameroon, dan Filipina. InsyaAllah, pihak Amal Kedah akan terus menyantuni umat Islam di negara-negara yang amat memerlukan sentuhan kasih kita. Pada tahun ini, Amal Qurban Kedah telah memilih Chad, Nigeria, Uganda, India, dan Kemboja sebagai destinasi Qurban. Hanya dengan serendah RM350 bagi sebahagian lembu, RM480 bagi seekor kambing dan RM550 bagi sebahagian unta. 

Dengan menyertai Program Amal Qurban ini juga, para peserta bebas memilih negara – negara pelaksanaan yang diingini untuk melaksanakan qurban. Program sebegini dapat membantu dan meringankan beban umat Islam di negara – negara yang terpilih untuk merasa daging qurban tersebut. Pihak urusetia Qurban Amal Kedah akan menghantar team penyembelihannya sendiri ke negara yang terpilih untuk memastikan semua amanah ibadah Qurban dan Aqiqah ini dilaksanakan dengan sempurna dan diterima oleh Allah. Kaedah penyembelihan juga amat dititikberatkan supaya tidak berlakunya sebarang masalah.

Sebagai anak yang taat, sudah pasti kita berhasrat untuk membalas jasa dengan menunaikan ibadah qurban kepada arwah ibu dan bapa. Berikut adalah persoalan – persoalan untuk meningkatkan kefahaman berkaitan qurban bagi arwah ibu dan bapa supaya pahala mereka sentiasa berterusan. Daging – daging qurban tersebut akan diagihkan kepada saudara yang memerlukan.

Pernah seorang sahabat Rasulullah SAW bertanya kepada baginda “Apakah ganjaran bagi kami yang berqurban ini?”

Rasulullah SAW menjawab “𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐛𝐮𝐥𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐭𝐮, 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧”

Masya Allah, bayangkan berapa banyaknya bulu haiwan qurban sehingga ianya tidak boleh dikira.

Lalu Rasulullah mengatakan itulah ganjaran yang bakal diperolehi.

Terkini dari tahun 2019 sehingga tahun 2021 , Sebanyak 2,891 lembu , 2,992 kambing dan 110 unta telah diqurbankan dalam Misi Amal Qurban. Walaupun Pihak Amal Kedah telah melalui begitu banyak rintangan dan halangan, namun Alhamdulillah Pihak Amal Kedah dapat melaksanakan Amal Qurban yang telah diamanahkan. Pihak Amal Qurban mengalu – alukan sumbangan daripada orang ramai untuk menjayakan Ibadah Amal Qurban bagi kali yang ke-14 pada tahun 2022 ini. 

Mengapa pilih Amal Qurban?

💚 Harga mampu milik & berpatutan

💚Sistem pengurusan patuh syariah

💚 Pendaftaran & pembayaran yang mudah

💚 Video dan foto sembelihan akan di berikan bersama sijil

💚 13 tahun pengalaman mengurus Qurban dalam dan luar negara

💚Team Amal Qurban akan turun sendiri ke lapangan untuk menyembelih setiap haiwan Qurban

Cameroon , Ogos 2019
Myanmar , Ogos 2020
Cameroon , Ogos 2019
Chad , Ogos 2019
Cameroon & Chad , Ogos 2019
India , 2021
India , 2021
Cameroon , 2020
Kaduna, Nigeria 2021
Kemboja 2021
Rohingya 2021
Sudan 2021

Ayuh bersama - bersama kami merebut pahala dan peluang yang masih ada sebelum tarikh tutup penyertaan pada 7 Julai 2022.