AMAL KEDAH menguruskan ibadah Aqiqah untuk sepanjang tahun di beberapa lokasi terpilih di seluruh dunia.
Takrif & Hukum Aqiqah
Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala waktu lahirnya.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.
Menurut istilah hukum syarak aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”
Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.
Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis Riwayat Tirmidzi)
Kadar Haiwan Aqiqah dan Masa Aqiqah
Jenis Haiwan |
Umur Minima |
1. Kibas | Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan |
2. Biri-biri, domba dan kambing | melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya |
3. Lembu dan kerbau | melebihi dua tahun |
4. Unta | melebihi lima tahun |
Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.
- Yang lebih utama untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, menurut hadis riwayat Aisyah yang maksudnya:
“Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”
ARKIB AQIQAH YANG SUDAH DILASANAKAN
AQIQAH LEMBU DI CHAD, AFRIKA FEBRUARI 2022
Nama Peserta: Abdul Qadir Bin Muhamad Hafizuddin, Abdul Qadir Bin Muhamad Hafizuddin, Nur Iffah Binti Haryani, Muhammad Imran Bin Haryani, Irfan Daniel Bin Fathli Iman, Irfan Daniel Bin Fathli Iman, Siti Sa’adah Bt Muhammad Akasyah.
AQIQAH LEMBU DI NIGERIA, FEBRUARI 2022
Nama Peserta: Khairurrizqi Bin Khairul Nisab, Khairurrizqi Bin Khairul Nisab, Khairurrijal Bin Khairul Nisab, Khairurrijal Bin Khairul Nisab, Khairurridhwan Bin Khairul Nisab, Khairurridhwan Bin Khairul Nisab, Khairurriffat Bin Khairul Nisab.
AQIQAH KAMBING DI AFRIKA, FEBRUARI 2022
Nama Peserta: Khairurriffat Bin Khairul Nisab
AQIQAH KAMBING DI NIGERIA, FEBRUARI 2022
Nama Peserta: Muhammad Faiq Zafran Bin Mohd Firdaus, Elyas bin Muhammad Hafiz