21 NOVEMBER 2022
GEMPA BUMI TANGGAL 21 NOVEMBER 2022 DI CIANJUR, INDONESIA.
Yayasan Amal Malaysia telah menghantar Team Relawan ke mambantu mangsa gempabumi di Cianjur Indonesia pada 27 Nov 2022, bagi meringankan penderitaan mangsa dari tetangga kita itu. Kita mensasarkan bantuan makanan bermasak, selimut serta khemah sementara di samping khidmat Amal Doktor.
28 Nov 2022
Team Relawan Yayasan Amal Malaysia terus menyantuni mangsa-mangsa gempa bumi di Bumi Cianjur, Jawa Barat. Selain serahan bantuan makanan, pihak Amal juga menyerahkan Set Genarator. Dan terkini, pihak AMAL juga akan membina masjid yang lengkap untuk kemudahan penduduk di situ.






14 DISEMBER 2022
Berita di TV ALHIJRAH dari Cianjur, Indonesia. Lebih 270 masjid telah rosak, roboh dan tak selamat untuk beribadah. Yayasan Amal Malaysia melancarkan tabung WAKAF PEMBINAAN MASJID DI CIANJUR. Target kami antara 4 – 5 masjid dapat di bina.
Alhamdulillah. Hari ini 13 DISEMBER 2022, bermula kerja2 asas Pembinaan Masjid di Kampung Cisarua di Cianjur ini. Pihak Amal Malaysia mengalu-alukan sumbangan dan wakaf dari semua umat Islam bagi memastikan penduduk di sini dapat melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna. Target kami juga untuk membina paling kurang 3 buah Masjid di sini.
1 JANUARI 2023
CIANJUR BANGKIT
Saat berlaku gempa bumi 21 Nov 2022 lalu, lebih 270 masjid telah rosak, roboh dan tak selamat untuk beribadah. Hari ini, warga Cianjur bangun beramai ramai, bergotong royong bangun membina masjid di sana hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Yayasan Amal Malaysia.