MISI BANTUAN BANJIR DI PAKISTAN 2022

1 OKTOBER 2022 – 7 OKTOBER 2022

Mula-mula ingat banjir monsun biasa yang berlaku setiap tahun, tapi teruk rupanya.PBB kata tahap skala “bencana iklim tidak pernah berlaku sebelum ini”. Satu pertiga (1/3) Pakistan masih tenggelam dengan 33 juta rakyat Afghanistan terjejas. Lebih 5.7 juta hilang tempat tinggal dan mereka harap belas ihsan bantuan untuk hidup. Sekurang-kurangnya ada 7 NGO Malaysia yang mula lancarkan kempen kecemasan antaranya YAYASAN AMAL MALAYSIA.

Pada 1 OKTOBER 2022 Tuan Haji Zulkifli Bin Baharom, serta rakan-rakan NGO kolaborasi iaitu Muslim Care Malaysia mewakili 2 ahli, Indahnya Sedekah mewakili seorang ahli dan Yayasan Amal mewakili 3 orang ahli telah pun turun daripada hari pertama hingga hari ketujuh untuk sama-sama membantu mangsa banjir di Pakistan. Mereka telah turun sendiri untuk membanting tulang bagi memberi bantuan kepada rakyat Pakistan yang dilanda banjir.

2 OKTOBER 2022

Mereka telah tiba di pakistan dengan memulakan misi dengan mendengar taklimat di Ibu Pejabat Alkhidmat Foundation di Lahore. Selagi masih bernafas, selagi itulah kita perlu berbakti kepada masyarakat. Tatkala kesusahan yang dialami oleh orang lain, sudah tentu membawa penginsafan pada diri kita semua. Sayu hati ini tidak terkata apabila melihat banyak buah rumah yang dilanda bencana. Lumpur di sana sini, sebak hati ini tidak terkata. Berat mata saya memandang, berat lagi bahu mangsa-mangsa banjir ini memikul.

Selesai mendengar taklimat di Ibu Pejabat Alkhidmat Foundation di Lahore.
Memasak untuk disediakan kepada mangsa banjir
Mengagihkan makanan yang telah siap di masak kepada mangsa banjir.
Makan bersama anak-anak yatim di Pakistan.

Mereka mula dengan mengagihkan ‘Food Packaging’ sperti gula, beras, minyak masak, kacang dan sebagainya yang berharga RM 120. Di samping itu, Tuan Haji Zulkifli berkesempatan menghulurkan bantuan makanan (nasi biryani) kepada mereka. Kami masak dalam kuantiti 5 ribu orang makan. Bungkusan makanan ini sebagai bantuan daripada kami semua kepada penduduk di sana. Bersama saya sahabat setia iaitu Encik Hamid selaku Pengerusi Yayasan Amal Kelantan, Puan Ummi Jasiah (Pengerusi Indahnya Sedekah) dan Encik Mohd Johari serta relawan-relawan yang terlibat. Bukan itu sahaja, Pihak Yayasan Amal Malaysia juga memberikan bantuan dari segi ‘Hygiene Kit’ seperti ubat-ubatan, kelengkapan mandian, dan sebagainya. Harga setiap ‘Hygiene Kit’ ini berbeza mengikut jantina iaitu pek wanita RM 60 manakala pek lelaki RM 50.

Pada hari kelima (5 OKTOBER 2022) kami telah melawat ke sebuah rumah anak-anak yatim iaitu Al Horgh, Pakistan. Di Pakistan hanya mempunyai 22 buah rumah anak yatim sahaja. Daripada 22 buah rumah ini hanya 2 buah sahaja untuk anak-anak yatim perempuan sahaja. Kami disini berkesempatan memberikan makanan dan memberikan

Keadaan rumah dan jalan megalami rosak yang teruk. Kebanyakkan penduduk distu tinggal di dalam khemah. Manakala bekalan elektrik dan air terputus di sana. Untuk mendapatkan sumber makanan sangat susah dalam keadaan begitu. Dalam hal demikian, memerlukan jangka masa yang panjang untuk pulihbaik keadaan. Pihak kami juga ada membuka sebuah klinik untuk memudahkan penduduk di Pakistan mendapatkan ubat. Sebagai contoh penyakit bawaan air, cirit-birit, dan malaria, dan demam.

Rezeki ini harus dikongsi bersama mereka semua. Tidak kiralah berbeza latar belakang, agama mahupun bangsa. Kita semua umpama sebuah keluarga besar. Saya ingin menzahirkan di sini, ucapan takziah kepada mangsa-mangsa banjir. Saya berharap mereka terus cekal dan tabah akan ujian sebegini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *