PEMBINAAN TELAGA TIUB DI CHAD, AFRIKA

 

Kebanyakkan negara-negara di Afrika Tengah hanya mengalami musim hujan selama 3 bulan dalam setahun bermula bulan Julai hingga Oktober. Di bulan-bulan lainnya, cuaca kering dan tersangat panas. Waktu musim panas, sungai-sungai mulai kering. Air sukar didapati. Jika ada pun di kawasan wadi terdapat kolam atau parit besar yang menampung sedikit air yang ikut di kongsi oleh manusia dan haiwan.
Memahami situasi beginilah. Amal Kedah mengambil inisiatif segera untuk membantu penduduk di Chad memiliki telaga-telaga tiub yang boleh menampung keperluan air mereka.


Alhamdulillah, bermula dari Mac 2020 sehingga hujung Februari 2021, sebanyak 71 unit telaga tiub (tubewell) telah di bina di negara Chad dan Cameroon. Sahabat-sahabat Relawan di sana terus menolong Amal Kedah untuk memastikan telaga-telaga tiub ini di bina di kawasan atau perkampungan yang memerlukan.
Amal Kedah masih terus mengharapkan sumbangan dari semua umat Islam bagi meringankan beban yang di tanggung oleh saudara kita di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *