PROGRAM KHATAN PERDANA 2022

Sunat Atau Berkhatan

Bersunat atau berkhatan dalam Islam adalah wajib. Berkhatan adalah ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam.

Disebabkan hadis ini, Mazhab Shafie menegaskan bahawa amalan berkhatan adalah wajib bagi kaum lelaki dan wanita.

Berkhitan, bersunat, ‘masuk jawi’ antara kata nama lain merujuk kepada khatan dan sangat sinonim dengan musim cuti sekolah dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Umumnya, masyarakat Islam Malaysia bermazhab as-Syafie memegang hukum berkhitan adalah wajib kerana ia tuntutan Islam.

Hukum ini diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW menerusi hadis riwayat Muslim yang bermaksud; “Fitrah itu ada lima perkara, berkhitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur misai.”

SATUN, THAILAND: Seramai 40 kanak-kanak di Pulau Puyu, Satun, menyertai Program Khatan Perdana 2022 yang diadakan di sini pada 3 DISEMBER 2022.

Program anjuran Yayasan Amal Malaysia cawangan kedah disertai kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun daripada keluarga asnaf.

Pengerusi Yayasan Amal Malaysia cawangan kedah Hj Zulkifli Baharom, berkata program Khatan Perdana 2022 julung kali diadakan itu bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa, khususnya kepada yang kurang berkemampuan. Untuk menceriakan setiap kanak-kanak yang berkhatan mereka disediakan hadiah kain pelikat, dan senaskah Al-Quran daripada sumbangan pelbagai pihak.

Seterusnya, Program Khatan Perdana kali kedua bagi tahun 2022 diadakan pada 22 DISEMBER 2022. KHATAN antara program sinonim musim cuti persekolahan. Di Malaysia pada bulan Disember merupakan cuti penggal akhir tahun.

Bagi kanak-kanak lelaki, musim cuti persekolahan membawa dua kemungkinan sama ada percutian menyeronokkan tanpa perlu menelaah buku atau kegusaran untuk menempuh alam dunia lelaki baligh, berkhatan.

Program Khatan Perdana ini dirasmikan, YDP Majlis Perbandaran Sungai Petani, Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus.

Seramai 85 orang lelaki-lelaki telah diterima bagi memyertai Program ini yang  telah berlangsung pada 22  Disember 2022, bertempat di Wisma Amal Kedah, Lot 88, Sungai Petani. Program berkenaan turut disokong oleh beberapa agensi kerajaan seperti Bomba dan Penyelamat Kedah dan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Negeri Terengganu dibawah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Program berjalan dengan sempurna dan berjaya.

Dalam ucapan perasmiannya, Yang Berbahagia Dato’ Haji Muhamad Arof bin Darus selaku Perasmi Program merangkap DP Majlis Perbandaran Sungai Petani menyeru dan  menasihatkan ibu bapa sentiasa peka dengan setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak.

Sebelum dikhatankan, kanak-kanak tersebut terlebih dahulu diraikan dengan aktiviti semburan air di kawasan lapang oleh pasukan Bomba. Keseluruhan program itu berjalan lancar. Walaupun ada sebahagian yang sedikit takut dan berdebar, namun  kebanyakan kanak-kanak  tersebut teruja untuk berkhatan yang menandakan mereka sudah memasuki usia remaja. Pelbagai gelagat anak-anak boleh diperhatikan. Ada yang bersemangat, ada yang takut, ada yang tenang, dan ada yang lari supaya tidak dipotong.

Lebih manis, setiap kanak-kanak turut diberikan “hadiah khatan” yang berupa beg hijau, senaskah Al-Quran dan cenderahati lain oleh pihak penganjur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *