SUMBANGAN AL-QURAN DI NIGERIA

[fsn_row][fsn_column width=”12″][fsn_text]

Nigeria adalah salah satu negara terbesar di benua Afrika serta berpenduduk padat dengan kira-kira 200 juta orang iaitu ketujuh paling ramai di dunia. Umat Islam di negara ini adalah sebanyak 90 juta orang iaitu 45% dari jumlah penduduk. Kebanyakan mereka adalah dari puak Hausa dan bermazhab Maliki.

Yayasan Amal Malaysia cawangan Kedah (Amal Kedah) telah menyantuni dan menyampaikan 6000 naskah Al-Quran yang diwakafkan oleh para dermawan di Nigeria. Program wakaf Al-Quran kali ini turut disertai oleh Yayasan Amal Malaysia cawangan Pahang (Amal Pahang).

Alhamdulillah, kami mendapat kerjasama baik daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Abuja,Nigeria terutamanya Encik Izhar salah seorang pegawai di STM. Turut membantu kelancaran program ini adalah salah seorang warga Malaysia iaitu Encik Norfadelizan, Pengarah Urusan di TAJ BANK iaitu Bank Islam yang kedua terbesar di Nigeria.

 

Program kali ini yang bermula pada penghujung bulan Ogos 2020 akan tertumpu pada masjid, madrasah dan pusat-pusat pengajian di Kano dan Abuja. Selain dari itu, Al-Quran wakaf ini akan dihantar ke desa-desa terpencil serta maahad tahfiz di dua daerah ini.

InsyaaAllah program sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap anak-anak tahfiz serta semua umat Islam di Nigeria boleh memiliki dan membaca Al-Quran.

Amal Kedah sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan semoga mendapat keberkatan dan ganjaran yang sewajarnya dari Allah SWT.

Amal Kedah masih mengharapkan sumbangan daripada para dermawan untuk program seterusnya. Sumbangan boleh disalurkan kepada :-

Bank Islam : 02020010060682

CIMB Bank : 8006457845

Maybank : 552189524357

Atau hubungi 019-4111000 (Pengerusi Amal Kedah,Haji Zulkifli) / 019-4404212 (Pejabat Amal Kedah) untuk pertanyaan lebih lanjut.

 

[/fsn_text][/fsn_column][/fsn_row]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *