Sumbangan Am

Amal Kedah telah menjalankan tabung “Sumbangan Am” untuk meringankan beban bagi yang memerlukan. Hasil daripada kutipan sumbangan ini, Pihak Amal Kedah dapat menyediakan rak kongsi rezeki, pek makanan, lampin pakai buang, cetakan al – mulk dan sedikit sebanyak ia dapat disumbangkan kepada mangsa – mangsa banjir, golongan asnaf, gelandangan, Pertubuhan anak yatim dan Pertubuhan orang tua. Pek makanan dan makanan berasaskan ruji seperti beras juga turut diagihkan. Bukan sahaja di Malaysia, malah di Afghanistan, Indonesia, dan Kemboja turut mendapati pek makanan daripada Amal Kedah terutamanya di kawasan – kawasan pedalaman.

Baru – baru ini, mesin parut kelapa turut disumbangkan kepada pengusaha kerisik iaitu Puan Saodah bt Hasan di Batu 11 Kota Sarang Semut, Kedah. Sumbangan mesin parut kelapa ini telah disampaikan oleh Timb. Pengerusi Amal Kedah iaitu Ustaz Abdullah Bin Din bersama Ahli Jawatankuasa, Dato’ Dr Shuib Bin Saedin dan beberapa rakan NGO yang lain. Kelihatan segaris senyuman dan terpancar kegembiraan di wajah Pn. Saodah bersama anaknya apabila mendapat mesin parut kelapa tersebut. Diiringi dengan sapaan mesra dan ucapan terima kasih daripada Pn Saodah buat Pihak Amal Kedah dan kesemua para penyumbang. Ayuh merebut peluang bersama kami di bulan Ramadhan ini dengan menyumbang seberapa banyak yang mungkin. Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Jazakallahu khair. Siiru’ala barakatillah.

“Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi asbab Allah SWT membuka pintu rezeki.”

Bagi yang ingin menyumbang, sila KLIK di bawah.