Telaga Tiub

 

Umum mengetahui bahawa air adalah keperluan asas setiap yang hidup. Dan keperluan bagi dapatkan air yang bersih terlalu di dambakan oleh seluruh yang bernama manusia. Atas dasar keprihatinan, Yayasan Amal Kedah terus mencari dana dan sumbangan untuk membantu umat Islam di Kemboja, Uganda, Afghanistan, Nigeria, India, Nepal dan Afrika terutamanya di Chad untuk memiliki telaga tiub sendiri. Amal Kedah juga mensasarkan pembinaan telaga tiub di kawasan madrasah pengajian serta di masjid.

Antara bulan Januari 2022 sehingga Mac 2022, sebanyak 139 telaga tiub telah di bina di Kemboja, 66 buah di Chad, 5 buah di Cameroon, 50 buah di India, 10 buah di Nepal, 21 buah di Nigeria, 3 buah di Uganda dan 2 buah di Afghanistan. Memandangkan permintaan untuk mendapatkan telaga tiub meningkat, Amal Kedah terus berharap bantuan dan Infaq dari umat Islam di Malaysia. Harga bagi setiap unit telaga di Afrika, Nigeria, Uganda dan Afghanistan adalah RM6,800 manakala di Kemboja adalah RM1,200. Selain itu, hanya dengan serendah RM900 sahaja bagi sebuah telaga tiub di India dan juga Nepal.

Para pewakaf bebas memilih negara yang hendak dibina telaga dan bebas untuk menyumbang berapa sahaja jumlah yang ingin disumbangkan. Ia boleh di niatkan samada untuk diri sendiri atau untuk ibu dan bapa. Ayuh bersama kami meringankan beban bagi yang memerlukan. Semoga kita semua diberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

ARKIB TELAGA YANG SUDAH DISIAPKAN

Baraki Barak, Afghanistan April 2022

Blangouree, Chad April 2022

Kg Runggu, Kemboja April 2022

Sarlahi Village, Nepal April 2022

Balarpet, India Mac 2022

Tsohuwan Yalwa Masjid, Nigeria Februari 2022

Murumba Village, Mbale District, Uganda Februari 2022

Cameroon, Afrika November 2021

N’dajmena Chad, Afrika November 2021

Terima kasih kepada yang sudah menyumbang dan semoga Amal Jariah yang di lakukan, ganjarannya berterusan.

Bagi yang ingin menyumbang, sila KLIK di bawah.