FENOMENA KEPALA AIR GUNUNG JERAI 2021

FENOMENA KEPALA AIR GUNUNG JERAI TURUT MELIBATKAN KAWASAN YAN DAN MERBOK

Keadaan rumah mangsa banjir ketika kejadian kepala air di Gunung Jerai.

Fenomena kepala air Gunung Jerai pada petang rabu, tanggal 18 0gos 2021 mengejutkan seluruh negara. Lebih 100 buah rumah menjadi mangsa bencana alam yang tidak pernah terduga akan berlaku. Penduduk di sekitar kaki Gunung Jerai dan kawasan perumahan di daerah Yan, Merbok dan Gurun ditenggelami air bercampur lumpur sehingga ke paras lutut. Kebanyakkan mangsa trauma akibat banjir kilat yang melanda kawasan penempatan mereka.

Pengerusi Amal Kedah, Tuan Haji Zulkifli Baharom berkata,fenomena kepala air sekuat itu tidak pernah berlaku sejak puluhan tahun di kawasan Gunung Jerai. Menurut beliau, pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah mengumumkan peruntukan sebanyak seratus ribu ringgit sebaik sahaja mendapat tahu kejadian tersebut. Pihak Amal Kedah juga melancarkan tabung kemanusiaan terhadap mangsa-manga banjir kali ini. Menurut beliau lagi,pihak Amal Kedah mengerahkan semua ahli jawatankuasa dan para relawan untuk turun padang membantu mangsa banjir.

Jalan Utama ke Gunung Jerai dipenuhi dengan lumpur dan kayu balak.

Pihak Amal Kedah telah turun sendiri melihat kawasan-kawasan yang terjejas dan menghulurkan bantuan seperti bekalan makanan mentah kepada pusat-pusat bantuan bencana banjir pada hari pertama kejadian sehingga berita ini ditulis. Selain itu, apa sahaja keperluan yang diperlukan oleh mangsa banjir seperti periuk elektrik, dapur masak, tong gas, tikar getah, toto, tilam, bantal, lampin pakai buang, pakaian, komputer riba pelajar dan lain-lain telah dibeli dan diagihkan kepada mangsa di kawasan yang terlibat.

para relawan dan AJK Amal juga membantu membersihkan sebahagian rumah mangsa yang dinaiki air dan lumpur. Pihak Amal Kedah juga menerima bantuan daripada Amal negeri-negeri lain seperti Amal Perlis dan Selangor. Pihak Amal Kedah mengharapkan agar mangsa bersabar terhadap musibah yang menimpa mereka dan pihak Amal Kedah akan terus membantu mereka untuk menyediakan peralatan rumah dan juga memperbaiki rumah mangsa yang rosak akibat banjir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *