KISAH PILU DI KOTA PALU

Ujian oleh Allah SWT, Disaat bumi digoncang dan diterbalikkan.

Gempa bumi Sulawesi 2018 merupakan sebuah siri gempa bumi yang melanda kawasan Sulawesi di Indonesia dengan skala 7.5 pada skala magnitud pada 6.02 petang (Waktu Indonesia Tengah), 28 September 2018. Gempa bumi tersebut juga disertakan dengan tsunami dengan ketinggian maksimum antara 4 hingga 6 meter. Setakat ini, 1,234 orang disahkan terkorban manakala 799 orang mangsa dikatakan tercedera.

Pada tanggal 28 Sept 2018, Team Amal Kedah yang baru sahaja tiba di KLIA dari Program Berkhatan 302 anak-anak di Kampuchea, telah menerima berita bahawa Bandar Palu, Ibu kota Sulewesi Tengah telah di uji dengan gempa dan tsunami oleh Allah.

Amal Kedah telah di arahkan untuk berangkat ke Palu seberapa segera sebagai  Ricky Team oleh YAM Pusat.Pada hari ke 5 Tsunami, Team Ricky seramai 4 orang telah berangkat kesana. Menempuh jalan darat Makassar ke Palu selama 26 jam, ketiadaan bekalan letrik dan  air bersih serta kekurangan bahan makanan tidak melemahkan semangat anggota team.  “Apalah ertinya perjuangan jika tiada cabaran…..” ujar seorang teman.

Pada hari kedua, setelah selesai meninjau kawasan perumahan yang tertimbus langsung  di Perkampungan Petobo, Balaroa dan JonoOge, Team Ricky telah bersepakat untuk membantu masyarakat Palu, Sigi dan Donggala dengan membina  masjid-masjid aman gempa. Sewaktu kejadian gempa, lebih 200 masjid yang telah samada roboh atau tidak selamat di gunakan. Team Ricky telah mula menghubungi  YAM Pusat untuk memaklumkan keperluan mendesak bagi segera mendirikan masjid-masjid yang bakal  di gunakan sebagai tempat ibadah, tempat perlindungan bagi  yang ketiadaan rumah dan tempat aktiviti penduduk setempat seperti  memasak, rawatan perubatan dan tempat menerima  bantuan.

Malah, di satu ketika,  Amal  Kedah terpaksa menyewa 10 motorsikal untuk mengangkut  bahan membina  masjid seperti besi ringan, zink, simen, generator dan lain keperluan serta pekerja ke Gunung Puncak Pura selama hampir 3 jam bagi membina masjid baru untuk 200 keluarga di sana. Hanya laluan motorsikal yang ada.

Alhamdulillah, setelah pelbagai ceramah dan cerita penderitaan saudara Islam di Palu dan kawasan sekitar di sampaikan oleh Ustaz dan Relawan Amal di masjid-masjid seluruh negara, YAM Pusat dan Amal Kedah telah Berjaya mengumpul dana dan sehingga kini, sebanyak 85 buah masjid telah di bina.

Terlalu banyak cerita airmata yang jika di kongsikan di sini akan meruntun jiwa semua. Amal Kedah berharap dari apa yang terjadi di Palu, di ambil iktibar oleh kita umat Islam sebagai pengajaran yang Kuasa Allah itu mengatasi  segala-galanya.

Allah berfirman : ” Siapa yang buat khianat pada wali-wali Ku, aku isytihar perang pada dia…”
Video ini adalah kompilasi detik-detik terjadinya gempa bumi, kemudian disusul terjadinya likuifaksi dan tsunami di berbagai tempat iaitu di Wilayah Donggala, Sigi, Kota Palu, Sulawesi tengah. Sungguh betapa dahsyatnya tragedi yang terjadi 28 September 2018 itu.

 

One thought on “KISAH PILU DI KOTA PALU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *