LAMPIN DEWASA KEPADA PESAKIT KANSER

MENDAPAT perkhabaran mengenai penyakit kritikal pasti membuatkan sesiapa sahaja dilanda perasaan sedih dan murung.Apatah lagi sekiranya sebelum jatuh sakit, tubuh dalam keadaan sihat dan langsung tidak menunjukkan sebarang simptom.
Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan oleh wanita (Puan Liza) ini mengenainya yang baru didiagnos menghidap kanser  tahap 4. Video di bawah ini merupakan bantuan pertama Yayasan Amal Kedah kepada Puan Liza. 

Video kedua ini merupakan kali kedua staf Yayasan Amal memberikan bantuan kepada Puan Liza yang diperlukan seperti lampin pakai buang .

Latar Belakang

 
“Sebelum ditimpa penyakit Kanser, saya ada membuka butik busana pengantin di Sungai Petani, selepas saya mengetahui bahawa saya menghidap penyakit kanser,saya telah  membuat keputusan untuk menjual butik tersebut. Namun,lain pula jadinya  apabila saya menjumpai seorang pembeli yang ingin membeli butik saya. Pada mulanya saya berasa sangat gembira kerana dengan keputusan menjual butik tersebut,saya dapat menampung kos perubatan saya di hospital. Tapi malangnya, saya telah ditipu oleh pembeli tersebut. Pembeli itu telah mengambil kesemua barangan di dalam butik seperti baju pengantin, eksoseri pengantin dan lain-lain tanpa membayar satu sen pun. (kata Puan Liza sambil menitiskan air mata) Ini menyebabkan kami sudah hilang arah untuk meneruskan rawatan di hospital kerana kami sudah tiada wang simpanan. Sekarang pun kami menumpang di Pejabat Si’rah Malaysia yang ditawarkan oleh pengerusi tersebut.” katanya lagi
 
[Gambar ketika sihat]
 
[Gambar ketika sakit]
 
“Suami saya yang dahulunya bekerja, terpaksa berhenti kerja kerana terpaksa mengurus dan menjaga saya (atas nasihat doktor). Ini juga menyebabkan kami hilang punca pendapatan untuk meneruskan rawatan” 

 

Dana yang diperlukan :

 
Kemas Kini (05/10/2022):
“Saya sangat memerlukan lampin dewasa pakai buang untuk memudahkan saya membuang air kecil kerana kondisi saya yang tidak boleh bangun. Bila saya bergerak sedikit saja ia akan menyebabkan air kecil mudah terkeluar , akibat pembedahan yang saya lakukan beberapa bulan lepas. Saya dan suami sudah memohon bantuan  lampin dewasa ini dari Yayasan Amal Kedah. Saya tidak mampu lagi untuk membeli lampin,cuma apa  yang saya harapkan adalah bantuan dari orang ramai untuk mendapatkan lampin. Saya juga perlukan bantuan sumbangan kewangan, makanan untuk kelansungan hidup” ujarnya lagi.
 
 
 
 
𝐵𝐴𝑁𝑇𝑈𝐴𝑁 𝐾𝐸𝑃𝐴𝐷𝐴 𝐺𝑂𝐿𝑂𝑁𝐺𝐴𝑁 𝐴𝑆𝑁𝐴𝐹.
 
Kepada Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan/bantuan kepada Puan Liza yang menghidap kanser tahap 4 boleh menyalurkan sumbangan/bantuan anda di no akaun bank dan maklumat yang tertera.
 
Sebarang sumbangan/bantuan anda boleh salurkan ke Akaun :
 
 
 
Semoga dengan bantuan/sumbangan ikhlas daripada anda semua dapat meringankan beban yang dihadapi oleh Puan Liza InshaaAllah.
 
Seeru’ ala Barakatillah
 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *