Keadaan dhoif masjid lama Yobe, di Nigeria. Masjid lama ini ini hanya boleh menampung seramai 20 orang jemaah sahaja pada satu-satu masa dan jemaah di sekitar kawasan masjid mempunyai lebih dari 500 orang. Jadi marilah bersama menyalurkan sedikit sumbangan untuk kita bina masjid yang dapat menampung lebih ramai jemaah kawasan Yobe,Nigeria ini. Tabung pembinaan masjid ini masih di buka sehingga dana pembinaanya mencukupi.
Keadaan terkini Masjid Herat, di Afghanistan. Pada bahagian bumbung masjid sudah mula kerja-kerja pembinaan dan di bahagian dalam masjid sudah mula dijalankan pemasangan tiles. Terima kasih buat semua penyumbang dan pewakaf yang sudi bersama-sama menyumbang untuk pembinaan masjid. Tabung pembinaan masjid ini masih di buka sehingga dana pembinaanya mencukupi.
Masjid Al Istiqomah, di Cianjur,Indonesia yang telah dibina semula setelah masjid asal di robohkan kerana tidak selamat untuk digunakan ekoran gempa bumi Dec 2022 yang lalu. Keadaan masjid terkini pada bahagian atap masjid sudah mula di pasang bagi mempercepatkan kerja ekoran hujan hampir setiap hari dan pada bahagian-bahagian lain seperti tandas, ruang ambil wudhuk juga berada pada fasa-fasa hampir disiapkan. Terima kasih buat semua penyumbang dan pewakaf. Tabung pembinaan masjid ini masih di buka sehingga dana pembinaanya mencukupi.
Wajah terkini Masjid Abdullah Ibn Abbas, Afrika. Kerja-kerja pembinaan masjid kini kian giat dijalankan bagi mempercepat proses menyiapkan pembinaa masjid bagi membolehkan para jemaah di sekitar kawasan masjid ini dapat mengerjakan amal ibadah mereka dalam keadaan yang lebih selesa. Oleh itu, buat para penyumbang teruskanlah membuat amal dengan teruskan menyumbang ke tabung kempen pembinaan masjid bagi memudahkan serta melancarkan lagi proses untuk menyiapkan masjid ini. Terima kasih buat semua penyumbang dan pewakaf.Tabung pembinaan masjid ini masih di buka sehingga dana pembinaanya mencukupi.