TERKANDAS DI BUMI GERSANG, CHAD 2020

CHAD, yang terletak di Afrika Tengah, bersempadan dengan Niger dan Libya di utara, Republic Central Africa di selatan, Sudan di barat dan Cameroon di timur adalah antara salah sebuah Negara yang termiskin di dunia dengan ranking  193 dari 195 negara.
Bekas tanah jajahan Perancis ini yang merdeka pada 11 Ogos 1960 , Chad mempunyai keluasan 1,280,000 km persegi . Ibukotanya , N’djamena yang terletak berhampiran bandar sempadan Cameroon, iaitu Koussari di diami oleh 1.5 juta penduduk. Jumlah penduduk Chad adalah 16 juta dengan 65% adalah penganut agama Islam yang bermazhab Maliki. Manakala agama lainnya adalah Kristian dan anamisma.

Atas rasa tanggungjawab dan kemanusiaan , team Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah (Amal Kedah) seramai  5 orang telah berangkat ke Republik Chad pada 10 Mac 2020. Ini adalah misi susulan selepas selesai program Ibadah qurban di bumi Chad 2019 yang lalu.

Team yang di ketuai oleh Pengerusi  Amal Kedah iaitu Tn Haji Zulkifli bin Baharom, Ketua Amalnita Kedah iaitu Hjh Ruzaini Zakaria  serta pendakwah terkenal dari Pulau Pinang, Ustaz Suhaimi Abdul Jalil. Turut bersama adalah Ustaz Nazri Hanafiah, ustaz dari SMKA Baling dan seorang relawan yang juga warganegara Chad yang  telah lama menetap di Malaysia, iaitu Ustaz Abdel  Salam sebagai penunjuk arah dan advisor. Ustaz Salam ini telah berkahwin dengan rakyat Malaysia dan sekarang menetap berhampiran Masjid Tandop, Alor Setar.

10 Mac 2020. Setelah selesai urusan dokumentasi dan check in di KLIA, kami berangkat menuju N’djamena, Chad dengan menggunakan pesawat Ethiopian Airlines. Chad tida mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. Urusan permohonan visa harus di lakukan sebelum tarikh keberangkatan lagi. Dan surat makluman tentang permohonan visa kami pun mesti di tunjuk pada pertugas Ethiopian Airlines waktu check in.

Untuk sampai ke N’djamena, kami terpaksa transit di Changi Airport, Singapore selama sejam dan di Addis Ababa International Airport selama 4 jam.
Kami sampai di N’Djamena International Airport saat azan zohor sedang berkumandang pada 11 Mac 2020 . Wakil NGO di sana Sheikh Abu Bakar menguruskan ketibaan kami di airport dan seterusnya ke hotel penginapan.  Hotel di N’djamena ni pelik sikit. Suami isteri boleh tinggal bersama, tetapi lelaki tak boleh tinggal berdua sesama lelaki. Jadi terpaksa ambil lebih bilik. Mahal pula tu. Rm1000 untuk 4 bilik. Kami berehat sementara menunggu urusan visa di Chad selesai. Kemudian keluar untuk makan di restoran di Bandar N’djamena. Tak banyak pilihan yang ada.

Terima kasih kepada Sheikh Ousman dari Cameroon yang menawarkan rumah persinggahan milik Abangnya yang juga Duta Chad ke India, Syeikh SOUNGEI AHMED sebagai tempat penginapan kami. Lebih selesa sikit, kami boleh memasak sendiri di rumah ini. Puan Ruzaini yang sering mengikuti pelbagai misi di luar negera sudah cukup faham dengan keperluan kami. Segala kelengkapan masak termasuk belacan, halia, ikan kering, budu,cili bo, cili sos malah sabun serta span cuci pinggan pun siap di bawa.

Menunggu Visa Chad siap cukup menguji kesabaran. Mungkin kerana sahabat yang uruskan tu tak secekap mana. Rancangan kami nak segera ke Bandar Abeche di timur Chad yang jaraknya 930 km dari N’djamena pada 12 Mac 2020 tertangguh kerana Visa Chad masih belum sampai di tangan. Jadi kami terus mengisi masa lapang dengan pengagihan Quran serta merasmikan telaga2 tiub yang telah siap di N’djamena.

13 Mac 2020, dari pagi dah siap masak termasuk bekalan makanan yang nak di makan dalam perjalanan ke Abeche. Jangkaan perjalanan, masa sekitar 12 jam. Jam 2 petang , Visa Chad baru siap. Setelah perbincangan, kami ambil keputusan untuk bergerak petang itu juga meskipun khuatir tentang ancaman penyamun padang pasir. Kami menyewa 2 buah kenderaan 4×4. Awalnya, perjalanan lancar. Tetapi mendekati Pekan Massaguet, kenderaan yang kami naiki membuat hal. Terpaksa mencari mekanik yang rupa-rupanya ramai di sini. Cuma bengkel mereka ini di bawah pokok sahaja.

Jam 10 malam, tiba di Pekan kecil Ngoura untuk kami berhenti solat serta isi perut. Cuma ada satu warong makan di sini. Tak ada air panas. Kami cuma alas perut dengan biskut dan sedikit bekalan yang di bawa.
Nasi yang di bawa juga, kami sedekahkan pada anak muda sekitar warong ini. Nampak mereka terlalu berselera. Mungkin lapar.

Kami cuba juga mencari tempat untuk berehat di rumah Penginapan Gabenor, tapi tak jumpa cari selama sejam. Akhirnya buat keputusan untuk terus bergerak dalam kegelapan malam ke Abeche. Jam 11 pagi baru tiba setelah melalui perjalanan 19 jam. Di sambut oleh sahabat NGO di Abeche (l‘organisation Humanitaire pour le DĆ©veloppement Social et Sanitaire (l’OHDSS) iaitu Syeikh Mouhamat Boukhari Miskine. Terus pergi lapur diri di Balai Polis Abeche dan kemudian mencari hotel. Susah juga nak cari hotel di sini. Tak banyak. Yang ada pun macam tak ada selera nak tidur. Akhirnya dapat menginap di hotel burung merak di pinggir bandar Abeche. Dapat Ground Floor…. senang sikit nak masak. Itu pun salah pilih hotel. Malam nya bising dengan kelab malam di dalam kawasan hotel tu. Terpaksa pujuk mata…..

Setelah Check In, kami bergegas keluar cari restoran. Perut dah lapar dah. Tengok menu macam-macam. Nasi tak ada.

Akhirnya pilih TOSE…. masaalah daging nya pula di masak bersama kacang bendi yang di kisar. Berlendir-lendir. Jem, memang jem…. tapi kerana lapar, settle masaalah.

Kemudian kami di bawa ke Pejabat Majlis Agama Abeche, untuk ziarah Ketua Majlis Agama iaitu Sheikh Brahim Moussa Oumar. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Team Amal Kedah kerana sudi datang dari jauh untuk membantu umat Islam di sini. Katanya, Amal Kedah adalah NGO luar negara yang pertama yang sampai ke bumi Abeche ini. Daerah ini pernah di landa kemarau yang lama dan menyebabkan ramai yang mati kebuluran. Sheikh Brahim berharap pihak Amal Kedah dapat menjadikan program ziarah Abeche ini sebagai program tahunan dan luaskan lagi skop bantuan di Abeche.

Untuk Abeche, kita tumpukan kepada program pengagihan Wakaf Al Quran di Madrasah2 dan pondok2 pengajian agama. Dengan bantuan Sheikh Ousman, 3000 naskah AlQuran telah di kirim seminggu lebih awal dari N’djamena ke Abeche ini. Kami perlu selesaikan pengagihan 2600 naskah dalam masa 24 jam sebelum berangkat pulang ke N’djamena. 400 naskah lagi di uruskan oleh   Syeikh Mouhamat Boukhari Miskine di perkampungan Mara-Mara yang jaraknya 200km di selatan Abeche. Kami memang tak di galakkan ke perkampungan ini kerana bimbang serangan puak militia di sana.

 

Selain wakaf Al Quran, team Amal Kedah turut melakukan penyembelihan lembu Aqiqah, sumbangan beras dan makanan serta pemberian tikar2 dan alas solat serta belajar di madrasah dan masjid.

15 Mac 2020, jam 12 tengah hari, bertolak balik ke N’djamena melalui Daerah Ati. Perjalanan ini harus menempuh jalan padang pasir sejauh 180km untuk sampai ke Ati. Di lambung di dalam kenderaan adalah pengalaman baru kami selain terlalu kurangnya pemandu yang mengguna jalan ini. 10km atau lebih, baru berjumpa sebuah kenderaan. Di pertengahan jalan, kami singgah di satu-satunya rumah di tengah padang pasir. Di huni 4 wanita serta seorang budak lelaki. MasyaAllah, terkejut kami melihat. Mereka yang cuma kerja mengayam tikar dari ‘mengkuang’ untuk di jual pada sesiapa yang lalu di situ. Alhamdulillah, meskipun sulit untuk dapatkan air, masih memberi air simpanan mereka buat kami wudhu dan solat. Malah di beri tikar baru sebagai alas sembahyang.
Sebelum berangkat pergi, Amal Kedah membeli tikar itu dan wakafkan kembali bagi kegunaan musafir yang lalu di situ selain sedikit wang dan makanan untuk mereka.

Kemudian kami menempuh dalam kegelapan malam untuk sampai di bandar Ati. Memang agak berisiko perjalanan ini. Sampai di Ati, menumpang tidur di rumah keluarga Ustaz Abdel Salam. Setelah mandi dan ‘dinner’ mee segera serta roti, kami tidur di ruang parkir kereta, berlantaikan pasir dan berbumbung langit. Pada awalnya ok aja. Selepas tengah malam, cuaca menjadi sangat sejuk kerana tiupan angin menyebabkan kami terpaksa mencari selimut tambahan.

Pagi 16 Mac 2020, ke perkampungan LAQ LAQ  di pinggir ATI untuk bertemu para Gunny yakni ahli Al Quran. Rezeki kami sangat baik kali ini sebab di hadiahkan 1 naskah Al Quran tulisan tangan yang di jaga rapi. Sebagai penghargaan, Amal Kedah telah menyembelih 3 ekor kambing Aqiqah di kampung tersebut untuk di buat kenduri.


Selesai program di Kampung Laq Laq, kami meneruskan perjalanan ke N’djamena sejauh 500km di mana 100km pertama adalah menempuh padang pasir tak berpenghuni. Tak ada RnR di sepanjang jalan. Cuma alas perut dengan pisang dan biskut yang di bawa sebagai bekalan.
rTiba di penginapan di N’djamena setelah matahari lama terbenam. Dapat berita bahawa di Malaysia, kerajaan sudah mengisytiharkan PKP mulai 18 Mac 2020.
Malam itu juga seorang sahabat NGO dari Kharthoum, Sudan maklumkan bahawa Airport Kharthoum di tutup kepada semua penerbangan . Dia menasihat kami agar segera pulang ke Kuala Lumpur untuk mengelak dari terkandas.

Pagi 17 Mac 2020, kami bergerak ke Pejabat Ethopian Airlines di N’djamena untuk mendapatkan tiket pulang yang lebih awal. Tapi di maklumkan bahawa tak ada tempat duduk kosong. Kami di nasihat tunggu saja tiket asal pada 19 Mac 2020 kerana belum ada kes Covid19 di Chad. Airport tak mungkin begitu cepat di tutup. Kami akur kerana tidak ada pilihan lain.
Kami meneruskan kerja-kerja agihan wakaf Al Quran yang belum selesai selain merasmikan telaga-telaga tiub yang sudah siap serta menyembelih lembu dan kambing Aqiqah yang mana dagingnya kami bahagikan kepada penduduk miskin.
Kami juga batalkan hasrat untuk ke Koussari di Cameroon kerana sempadan antara Chad dan Cameroon telah di tutup kecuali untuk kenderaan yang membawa makanan. Jadi banyak program yang nak di buat di Cameroon di alihkan ke Chad. Malah Quran yang telah di hantar ke Cameroon, minta di pulangkan ke Chad.

19 Mac 2020, suasana ceria nak berangkat balik. Masing-masing berkemas sementara nak ke Airport jam 11 pagi. Pakaian dah berlipat. Beg dah berzip. Kenderaan dah panaskan injin. Sejam sebelum berangkat, Ustaz Salam terima call dari pihak Ethopian Airlines yang Airport di tutup sehingga 28 Mac 2020. Kami kelu. Sebab langsung tak dapat berita airport dah tutup sejak 18 Mac 2020. Masing-masing layan fikiran sendiri. Tukang masak kami mogok. Maklumlah semua kelengkapan masak dah pack. Ada rencah masakan juga dah di hadiahkan buat teman di sana. Tiba-tiba kena kandas 10 hari lagi. Lama juga nak ambil ‘mood’ kembali. Presiden dan GM Yayasan Amal Malaysia di hubungi untuk memaklumkan situasi kami. Mulai saat itu, pihak Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Abuja, Nigeria menghubungi kami terutama bagi mengetahui soal keperluan asas kami mencukupi atau tidak. Untuk makluman, di Chad tak ada kedutaan Malaysia. Sahabat-sahabat di tanahair tak henti-henti menghubungi kami dan memberi kata semangat pada kami.

Amal Kedah akhirnya menyusun semula Program baharu untuk mengisi masa di waktu terkandas ini. Dan Allah hadirkan kesibukan buat kami bila berita kami terkandas ni tersebar, sumbangan dari para dermawan di tanahair terus naik mendadak. Masing -masing berlumba mencari saham Akhirat dengan menyumbang wang untuk Wakaf Al Quran, telaga tiub, Aqiqah serta sumbangan makanan dan am. Kami terpaksa menempah Al Quran tambahan bagi pastikan hajat penyumbang di lunaskan.


28 Mac 2020, sekali lagi pengumuman kerajaan Chad, airport di tutup sehingga 10 April 2020. Kemudian tambah lagi ke 24 April. Saat ini, kami tahu, peluang kami nak sambut hari raya di kampung makin tipis. Bekalan bahan-bahan masak dah makin habis. Malah yang paling berisiko, bekalan ubat pun habis. Susah nak dapat ubat yang sama contents di sini.

Pada 12 April 2020, pihak Wisma Putra dan kedutaan di Abuja menghubungi kami bahawa ada penerbangan sewa khas dari Algeria ke Kuala Lumpur pada 21 April 2020. Kami di arahkan mencari jalan untuk ke Algiers jika mahu menaiki pesawat tersebut. Di saat mendesak itu, kami hubungi pihak  Chadian Airlines untuk menguruskan ‘private jet’ ke Algiers. Harga yang paling murah adalah USD57,600. Termenung kami. Mana nak korek duit tambang sebegitu banyak. Jadi semua berusaha hubungi semua kenalan koperat dan sebagainya untuk membiaya tiket kami termasuk dari PAS Kedah serta Amal Pusat.

Malam 14 April 2020, terima berita bahawa Air France akan datang ke Chad pada 18 April 2020. Tak tidur lena sambil berdoa semoga Allah permudahkan perjalanan dan urusan kami.

15 April 2020, seawal pagi dah terpacak di Pejabat Air France di N’djamena. Dalam sekejap masa dan berpuluh yang dah datang beratur. Setelah 2 jam menunggu, baru boleh masuk. Di arahkan berjumpa terus Pengurus Air France iaitu Miss Kasser. Mulanya beliau menolak menerima tempahan kami dengan  alasan ini adalah penerbangan sewa khas untuk rakyat Peranchis dan juga untuk mengambil penumpang yang telah membeli tiket bulan Mac lalu. Puas kami merayu memaklumkan kesusahan kami di Chad. Terakhir beliau cuma berikan nombor telefon dan suruh hubungi lagi pada petangnya.
Kami keluar dengan agak hampa tapi terus ke Massaguet (100km) untuk program edaran wakaf Al Quran dan Aqiqah. Dah malas nak fikir mengenai harapan dengan Air France tu. Lewat petang cuba hubungi Miss Kasser, katanya datang semula esok pagi. Macam ada sedikit cahaya terpancar.
16 April 2020, bertemu dengan Miss Kasser. Alhamdulillah, ada seat untuk kami tapi kami harus uruskan ‘transit visa’ di Kedutaan Peranchis di Chad. Walaupun kami menerangkan bahawa rakyat Malaysia tak perlukan visa untuk ke Paris, pihak kedutaan tetap menyuruh kami membayar juga. harga dah la mahal . Eu80 serorang untuk transit di airport 10 jam. Nak balik punya pasal, terpaksa bayar juga.
Satu lagi masaalah, nak ambil foto untuk buat visa. Waktu PKP di Chad , mana ada kedai foto yang buka. Akhirnya jumpa seseorang yang sanggup bantu. Duduk di tepi jalan. Dia pasang kain putih di dinding belakang kami. 30 minit semua selesai. Harga foto RM120 untuk 5 orang. Nak balik punya pasal, bayar laaa.
Setelah berulang alik ke Kedutaan Peranchis, sekejap ke pejabat  Air France, di beritahu oleh pihak kedutaan Peranchis, warga Malaysia di kecualikan ‘transit visa’ kecuali Ust Salam. 17 April 2020, baru siap semua dokumen dari Kedutaan, sedangkan penerbangan ke Paris esoknya (18 April 2020)
Terima kasih juga pada Dr Alias, Bendahari Amal Kedah yang menguruskan tiket Qatar Airlines dari Paris – Doha – Kuala Lumpur. Tanpa tiket ini, kami tak boleh menaiki Air France ke Paris. Kami sempat bertanya pada Miss Kasser, flight ni confirm ka, sebab dan 2 kali beli tiket, flight batal. Agak lega dia maklumkan bahawa flight tersebut dah bergerak dari Paris dan transit di Burkina Faso.
Kami pulang ke rumah penginapan dan selesaikan edaran makanan untuk iftar buat kejiranan penginapan kami termasuk juga sembelih 2 ekor kambing yang terakhir.
Sahabat NGO, Sheikh Hafiz yang sentiasa bersama kami, menangis gembira kerana akhirnya kami mendapat penerbangan pulang. Berita ini juga di kongsi oleh semua sahabat, keluarga dan pihak kedutaan di Abuja, Paris dan Doha. Malah ada sahabat yang menangis sewaktu menghubungi kami.
18 April 2020, hari terakhir kami di N’djamena. Pagi itu, sempat menziarahi Syeikh Soungei yakni tuan rumah tempat kami menginap. Terlalu banyak jasanya pada kami. Tak ambil apa-apa bayaran pun. Jam 11 pagi kami bertolak ke N’djamena Airport untuk urusan check in dan seterusnya menaiki pesawat ke Paris.Jangkaan 6 jam. Ma’assalāma N’djamena, Bienvenue (selamat datang) Paris. Pegawai kedutaan Malaysia di Paris, Tuan Nasir Ibrahim sedia menunggu kami dan belanja minum. Terima kasih. Mujur ada ‘pangkin’ untuk tidur di airport sementara menunggu waktu penerbangan ke Doha 10 jam lagi.
19 April 2020, terbang 6 jam ke Doha dengan Qatar Airlines. Cuma 12 penumpang sahaja atas pesawat. Kru lagi ramai dari kami. Makan minum lah apa yang suka. Tiba di Doha, kena transit lagi 10 jam. Lapar nasi sebab dah 2 hari tak jamah. Ada Restoran Arab di Airport Doha. Jual nasi mandy. Rm70 sepinggan. Lapar punya pasal, terpaksa dan tak ada pilihan pun. Setelah 10 jam dalam Airport sepi, 20 April 2020 jam 12:30 pagi kami berangkat ke Kuala Lumpur untuk selama 8 jam penerbangan. Tak ramai dalam flight ni.
20 April 2020, jam 1:30 tengah hari, jejak kaki di KLIA setelah 40 hari di rantau. Pihak PDRM dan KKM sedia menunggu. Selesai saringan, di bawa dengan bas ke Swiss Garden Hotel, Bukit Bintang untuk kuarantin 14 hari. Duduk lah bersendiri dan sempat puasa 10 hari keseorangan sehingga di benarkan pulang ke rumah pada 4 Mei 2020.
Apa pun pengalaman kami merentas padang pasir di Chad, beg duit penulis di curi, terkandas akibat penutupan airport, cuaca panas sehingga 48C, letrik yang sering terputus saat sedang tidur, nyamuk sepi yang datang gigit serta tidur berbumbungkan langit adalah pengalaman yang tak boleh di jual beli.

Terima kasih pada semua anggota TEAM CHAD 2020. Kata orang, nak kenal kawan adalah waktu musafir bersama. Nak habaq satu, HANGPA MEMANG SEMPOI……. Semoga Allah memelihara hubungan Ukhwah ini selamanya.

 

2 thoughts on “TERKANDAS DI BUMI GERSANG, CHAD 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *