Yayasan Amal Kedah menjalankan program wakaf sebagai salah satu usaha dan amalan yang sangat dituntut oleh Islam. Membantu kepada mereka yang daif dan sebagai satu jalan dari jalan dakwah, terutama untuk mereka yang mula dekat dengan Islam dan umat yang tak mampu memiliki Al Quran.
Agihan Wakaf Al Quran oleh Amal Kedah bukan sekadar di Malaysia, tetapi sudah melangkui batas sempadan seperti di Afghanistan, Uganda, Assam di India, Khatmandhu di Nepal, Marawi dan Kepulauan Cebu di Filipina, Coxs Bazar dan Chittagong di Bangladesh, Kasalla di Sudan, Republik Chad, Cameroon, Patanni, Narathiwat, Yala dan Chiangrai di Thailand, Kampung Cham di Kemboja, Kepulauan Riau, Kepulauan Maluku, Lombok, Nusa Tenggara Timur dan Sulawesi serta Bengkulu di Indonesia serta Phang Rang di Vietnam.
Jumlah agihan sepanjang tahun pada 2022 ialah 104,900 naskah. Amal Kedah dan Yayasan Amal Malaysia juga telah mengagihkan 30,200 naskah Al Quran di Afghanistan. Sebanyak 5,000 naskah diagihkan untuk madrasah dan 10,000 naskah diberikan pada menteri pendidikan 𝐀𝐥 𝐇𝐚𝐣 𝐌𝐚𝐮𝐥𝐚𝐧𝐚 𝐍𝐮𝐫𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐧𝐢𝐫 (𝑆ℎ𝑒𝑖𝑘ℎ𝑢𝑙 𝑄𝑢𝑟𝑎𝑛) untuk diagihkan ke sekolah. Beberapa ribu naskah lagi telah diagihkan kepada Gabenor Herat dan Mufti untuk agihan madrasah serta pondok.
Urusetia Wakaf Al Quran Amal Kedah sedang mengenal pasti beberapa lagi tempat untuk memastikan setiap pewakaf mendapat ganjaran maksimum dari Allah SWT, yakni pastikan tempat yang di mana Al Quran benar-benar di perlukan dan di baca setiap waktu dan ketika. Rebutlah pahala dan peluang yang masih ada ini.
ARKIB WAKAF AL QURAN
Nigeria, Disember 2022
Chad, Oktober 2022
Chad, September 2022
Uganda, Ogos 2022
Afghanistan, April 2022
Malakaji, Indonesia Mac 2022
Jigawa State, Nigeria Mac 2022
Krsahthmai, Kemboja November 2021
Abeche Chad, Afrika November 2021
Assam, India December 2021
Ndjamena, Miterine, Karal, Sambagali di Chad November 2020
Abuja, Nigeria October 2020
Sulawesi Tenggara, Indonesia September 2020
Sudan, Afrika September 2020
Masamba, Indonesia Ogos 2020
Khasouri, Cameroon Mei 2020
Republik Chad , Mac 2020
Mondulkiri, Cambodia Januari 2020
Wilayah Tebong Khmom, Cambodia Januari 2020
Cotabato, Mindanao November 2019
Kepulauan Sumba October 2019
Kepulauan Sangihe, Talaud September 2019
Gorontalo, Sulawesi September 2019
Cameroon Ogos 2019
India Ogos 2019
Sulawesi Tengah dan Utara November 2018
Sudan Ogos 2018
Chittagong, Bangladesh Oct 2017
Assam, India Sept 2016
Sudan Ogos 2017
Pathani, Thailand Mac 2018